Masthead Detail Page
KTPH: Pembedahan Pterygium Panduan dan Nasihat Penjagaan Selepas Pembedahan
Overview

Pengendalian Kesakitan

• Anda mungkin akan berasa sakit selepas pembedahan.

• Makan ubat yang diarah oleh doktor untuk beberapa hari selepas pembedahan.

Penutup Mata

• Pesakit dinasihatkan supaya memakai penutup mata sepanjang masa sehingga hari berikutan.

• Jangan menggosok mata anda dan mengelakkan sembarang tekanan pada mata anda.

Ubat Mata

• Sebelum menitiskan ubat mata, pastikan anda mencucikan tangan. Tarik kelopak mata ke bawah dan titiskan ubat mata ke dalam kelopak mata.

• Tutupkan mata anda selama 30 saat. Kemudian bersihkan titisan yang berlebihan.

Aktiviti / Pemakanan

• Jangan biarkan air atau sabun terkena mata anda selama sebulan selepas pembedahan.

• Anda boleh makan makanan seperti biasa.

Jika anda mempunyai kerisauan berkaitan pembedahan, sila hubungi talian berikut: 6555 8000.

Jika anda mempunyai kecemasan selepas waktu pejabat, sila pergi ke Unit Kecemasan di Hospital Khoo Teck Puat.

PERIOP.TS.24M.0626

This article was published by Khoo Teck Puat Hospital and updated in 2026.