bannerbanner
KTPH: Karang Ginjal
Overview

Apakah Karang Ginjal?

ktph-hl-kstones1.jpeg

Karang ginjal (batu ginjal) boleh disebabkan oleh kandungan kristal yang tinggi dalam air kencing. Ini termasuk oksalat dan urat, yang juga terdapat dalam air kencing normal. Kristal tersebut biasanya tidak menimbulkan masalah ketika berada dalam tahap rendah, tetapi dapat membentuk kristal dan berkecenderungan membentuk batu jika kandungannya dalam air kencing dalam tahan tinggi.

Batu-batu di ginjal ini boleh termasuk ke dalam saluran kencing dan boleh menyebabkan rasa sakit atau darah dalam air kencing. Batu-batu yang lebih kecil mungkin akan terkeluar; tetapi batu-batu yang lebih besar akan menghalang aliran air kencing, dan mungkin memerlukan rawatan atau prosedur lanjutan. Doktor anda akan menasihati anda mengenai rawatan sesuai yang selanjutnya.

Jenis batu ginjal biasa termasuk: kalsium oksalat atau kalsium fosfat. Jenis batu lain termasuk: batu struvit, batu asid urik dan batu sistina.

Apakah Simptom Karang Ginjal?

Simptom batu ginjal mungkin termasuk:

• Sakit kuat di bahagian rusuk

• Sakit semasa membuang air kecil, di abdomen bawah atau kelengkang

• Air kencing berwarna merah jambu, merah atau perang

• Air kencing keruh atau busuk

• Kerap rasa ingin membuang air kecil

• Demam dan menggigil, sekiranya terkena jangkitan

Walau bagaimanapun, sesetengah karang ginjal mungkin tidak menimbulkan sebarang simptom.

Faktor Gaya Hidup

Faktor gaya hidup berikut meningkatkan risiko perbentukan batu ginjal:

• Kurang minum air

• Pengambilan protein dan garam yang berlebihan

• Kegemukan (BMI >23)

Cadangan diet berikut boleh mengurangkan risiko pembentukan batu ginjal.

Kekalkan penghidratan

Minum 2-3L (8-12 cawan) cecair setiap hari untuk memastikan pengeluaran air kencing yang baik dan mencegah pengumpulan mineral di buah pinggang.

Anda disyorkan untuk mengambil cecair dengan kandungan sitrik yang lebih tinggi, dan untuk mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat. Sekiranya berat badan membimbangkan, hadkan pengambilan semua minuman berkalori lebih tinggi.

Contoh minuman dengan kandungan sitrik tinggi termasuk:

ktph-hl-kstones2.jpeg
Lemonad
ktph-hl-kstones3.jpeg
Jus oren

Pilih makanan dengan kandungan sodium rendah

Ambil makanan segar dan hadkan pengambilan makanan yang diproses atau diawetkan. Contoh jenis makanan ini adalah:

ktph-hl-kstones4.png
Makanan segar
ktph-hl-kstones5.png
Makanan yang diproses atau diawetkan

Ambil jumlah protein yang sederhana

Hadkan pengambilan protein anda hingga 2-3 hidangan sehari. Contoh 1 hidangan adalah:

ktph-hl-kstones6.jpeg
90g Ikan / ayam itik / daging (saiz tapak tangan)

ktph-hl-kstones7.jpeg
2 glas susu

ktph-hl-kstones8.jpeg
170g tauhu

ktph-hl-kstones9.jpeg
5 ekor udang sederhana

ktph-hl-kstones10.jpeg
120g kacang / lentil yang dimasak

Ambil kalsium yang mencukupi

Kalsium dari makanan tidak meningkatkan risiko batu ginjal, dan individu harus memilih makanan yang kaya dengan kalsium dan bukannya suplemen. Jangan sengaja mengurangkan pengambilan kalsium makanan kerana jumlah kalsium yang tidak mencukupi juga akan menyebabkan penyakit kekurangan zat seperti osteoporosis.

Jadual di bawah menunjukkan pengambilan kalsium harian yang disyorkan untuk orang sihat normal:

Kategorimg/h
10 – 18 tahun1000
19 – 50 tahun800
51 tahun ke atas1000
Mengandung dan menyusu1000

Anda disyorkan untuk mengambil 1 hidangan produk tenusu tinggi kalsium setiap hari. Contoh 1 hidangan adalah:

ktph-hl-kstones7.jpeg
200ml susu

ktph-hl-kstones11.jpeg
200g yogurt

ktph-hl-kstones12.jpeg
1 keping keju

ktph-hl-kstones8.jpeg
170g tauhu

Kurangkan makanan yang mengandungi oksalat tinggi

Mengurangkan pengambilan makanan kaya dengan oksalat dapat mengurangkan kemungkinan pembentukan batu. Contohnya ialah:

ktph-hl-kstones13.jpeg
Ubi bit 
 

ktph-hl-kstones14.jpeg
Ara
 

ktph-hl-kstones15.jpeg
Kacang & biji
 

ktph-hl-kstones16.jpeg
Produk Coklat
 

ktph-hl-kstones17.jpeg
Bayam

ktph-hl-kstones18.jpeg
Minuman berkafein
 

URO.PE.06M.0323

This article was published by Khoo Teck Puat Hospital and updated in 2026.